DINILAIKAN

Terkadar
Melalui asas kewangan yang teguh dan dasar pembayaran yang ketat kami telah berkembang daripada syarikat bernilai 273,000 euro kepada syarikat bernilai
830 juta euro dalam masa 42 tahun. Perkara ini bukan lah tidak mendapat perhatian; Graydon - sebuah agensi penarafan antarabangsa - telah menganugerahkan kami pengiktirafan kerana berada dalam kumpulan 5 peratus daripada syarikat berprestasi terbaik di Belanda. Kami berbesar hati kerana Graydon telah memberikan kami pengesahan yang adil dan saksama ini.



Syarikat yang paling cepat berkembang
Suratkhabar kewangan terkemuka di Belanda “Het Financieele Dagblad” telah mengiktiraf dan menganugerahkan kami Anugerah Golden FD Gazellen untuk empat tahun berturut-turut. Anugerah untuk syarikat yang paling cepat berkembang dalam kategori 'syarikat perusahaan besar' adalah hasil daripada kejayaan orang-orang kami, yang bersama-sama kami mencatat pertumbuhan sekurang-kurangnya 15 peratus setiap tahun. Sumbangan mereka kepada kejayaan syarikat kami itulah yang menghasilkan kelainan setiap hari.



Rantaian pembekalan selamat
Di HTG pengedaran dan fomaliti kastam dikendalikan secara dalaman. Kami menjamin keselamatan dan prosedur logistik yang berkualiti tinggi dan telah mengadakan rantaian pembekalan yang selamat, serta memenuhi kehendak kastam yang ketat. Ini telah membawa kepada status kami iaitu Operator Ekonomi Yang Sah (AEO) Melalui status antarabangsa ini - diakreditasikan oleh kastam Belanda - kami boleh menyimpan dan menghantar barangan kami dengan lebih cepat kerana pemeriksaan kastam diringkaskan dan diberi keutamaan. Ini memanfaatkan kedua-dua pembekal dan pelanggan kami.